Tuesday 21 July 2009

Bangganya sebagai guru Al-Quran


Kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini seorang lagi murid tahun 2 Al-Farabi telah dapat menghabiskan keenam-enam buku iqra' dan mulai membaca Al-Quran.

Nur Nabila adalah murid tahap sederhana yang rajin berusaha dan merupakan seorang kanak-kanak yang baik.

Tahun lepas hadiah kerajinan, ketekunan dan sikap baik telah saya berikan kepadanya sebagai galakan kepada semua murid kelas tersebut untuk rajin berusaha dalam pelajaran dan bersikap baik.

Jika guru Matematik berbangga dengan kejayaan murid-muidnya apabila memperolehi A dalam UPSR maka sebagai ustazah saya amat berbangga apabila murid-murid saya mencintai Al-Quran dengan membaca dan mengamalkan isinya.

Jika ibu bapa sibuk menghantar anak-anak ke tuisyen dan menumpukan kepada mata pelajaran lain saya tetap mengatakan Al-Quran adalah yang lebih penting.

Maka sesibuk mana pun saya dengan kerja-kerja yang lain. Walau hanya saya seorang guru agama yang tinggal di sekolah ini maka masa tasmik tetap saya tidak abaikan.

Murid-murid itu sudah cintakan Al-Quran.
Tanpa disuruh mereka sudah keluarkan iqra' dan Al-Quran untuk dibaca.
Mereka sudah tahu adab memegang Al-Quran perlu ada wuduk.
Mereka berusaha membacanya walau masih membaca iqra'.
Mereka berusaha membaca iqra' dan menghabiskannya untuk seterusnya membaca Al-Quran.

Semoga cinta mereka ini hingga ke akhir hayat.

2 comments:

Kapten (B) Sabarin said...

Alhamdulillah, masih ada insan seperti anda di muka bumi Allah. Islam akan terus subur, Al-Quran akan terus terpahat di jiwa anak-anak Islam dengan berkat keikhlasan anda! Bayaran termahal adalah apabila anda dihadiahkan ALLAH syurganya, INSYALLAH!

eva salsabila said...

Insha Allah itulah ganjaran yang diinginkan oleh setiap hamba yang tidak lupa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...